Selasa, 28 Ogos 2012

Popia Manis

Kali nie Billis nak share 1 lagi resipi kuih/kerepek raya yang agak simple dan mudah penyediaannya..cuma memerlukan kesabaran & ketekunan jer....hehehe....rasanya semua orang tahu mcm mna nk buat popia manis nie kan...x kisahlah...mungkin lain org lain caranya...betul x???? Sebenonya Billis x tau nama sebenarnya popia nie...Billis bubuh jer nama POPIA MANIS coz ianya bersalut gula dan rasanya manis...hehehe...so we go to the recipe ok.....


Mula-mula, kita perlukan kulit popiah.



Gulung kulit popiah td seperti gambar di atas. Selepas gulung jangan lupa gamkan kulit popiah supaya ianya tak terbuka. Untuk buat gam senang jer...ambil sedikit tepung dan campurkan dengan air, kacau sebati pastu bolehlah disapu pada kulit popiah tue td....




Selepas di gulung, bolehlah dipotong serong ataupun menegak...ikut citarasa masing2..



Dah siap potong/gunting bolehlah digoreng.



Bila warna kulitnya agak kekuningan @ garing boleh diangkat dan di toskan minyak sehingga kering.


Agak2 dh sejuk sedikit, bolehlah digaulkan dengan gula. Untuk gula, Billis blender gula halus sehingga ianya menjadi seperti debu (ala2 gula donut gitu rupanya).....gaul popia & gula sampai sebati.....


Selepas itu, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.....dh siap...

Isnin, 27 Ogos 2012

CornFlakes Madu & Biskut Mazola

Hi...semua, lately Billis busy ckit ngan kerja2 umah & ofis yg x penah abis...hehehe...dalam cbok2 tue, sempat jugalah Billis menyiapkan 2 jenis biskut raya...sebenonya , nie first time Billis buat kuih raya coz sebelum nie Billis beli jer kuih kat pasaraya or kedai2 kt luar tue...tapi tetiba plak tahun nie Mr. Hubby minta Billis buatkan Biskut Mazola utk dia...nak x nak kena ler belajar membuatnya...puas jugalah Billis google dlm internet mencari resipi biskut mazola tue...dh alang2 godek google cari resipi biskut tue, Billis pn cari la juga resipi Cornflakes Madu untuk my son sekali...Sori lah Billis x ingat ambil resipi nie dr mana, tp apa2 pn Billis ucapkan terima kasih pada tuan empunya resipi nie yek....Jom layan resipi kt bawah....

BISKUT CORNFLAKES MADU




Bahan-bahan
 4 cawan Cornflakes (Billis buat 5 cawan)
1/4 cawan madu
1/4 cawan mentega (Billis guna jenama Buttercup)
Papercup
Ceri / Sprinkles (Billis prefer ceri utk hiasan)

Cara-cara

1. Cairkan mentega dan madu dengan api yang kecil dalam periuk/kuali. Kacau hingga mentega cair.
2. Cornflakes dihancurkan sedikit dan dimasukkan dalam mangkuk.
3. Campuran mentega dan madu dimasukkan ke dalam mangkuk beris Cornflakes tadi.
4. Gaul rata hingga semua Cornflakes diselaputi dengan madu.
5. Sudukan ke dalam papercup. Letak hirisan ceri/sprinkles jika suka.
6. Susun di loyang dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu 150 degrees.
7. Selepas sejuk bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.




BISKUT MAZOLA


Bahan-bahan

1 cawan minyak mazola (Billis wt 1/2 cawan jer...)
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula halus
1 cawan kacang tumbuk (billis wat 2 cawan coz I love peanuts)
1 cawan esen vanilla
1 @ 2 biji telur (ambil kuning sahaja untuk di sapu atas acuan kuih sebagai hiasan)
Kacang (untuk hiasan juga)


Cara-cara

1. Mula-mula...kena buat kacang tumbuk dulu. Untuk dapatkan kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa
    minyak dan dibuang kulitnya  serta ditumbuk / dikisar.
2. Selepas tue, campurkan kesemua  bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati.
3. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh.
4. Ambil doh sedikit dan tekapkan mengikut acuan yg anda suka.
5. Letakkan acuan biskut td di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.
6. Letak lebihan kacang tanah goreng td di atas permukaan biskut.
7. Sapu bahagian atas biskut dengan kuning telur.
8. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180 degrees.
9. Setelah masak, bolehlah di angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


Selesai....

Dh layan resipi, meh kita layan gambo plk yek...

CORNFLAKES MADU

Sebelum letak dalam oven.



Semasa dalam oven.





Siap.....


BISKUT MAZOLA


Sebelum dibakar dalam oven.


Selepas di bakar...siap.. :)