Rabu, 26 September 2012

Restoran Ali's Corner


Salam semua...sejak 2 menjak nie, Billis agak busy ckit dengan urusan di rumah mahupun di tempat kerja...So, di kesempatan yang tak berapa nak ada nie Billis nak berkongsi ceritera dengan you all....Last weekend, Billis tak masak...so kami decided pergi makan2 kt satu restoran mamak berhampiran dgn rumah kami. RESTORAN ALI'S CORNER nie terletak di Seksyen 20, Shah Alam. Kalau nak tahu ada 2 cawangan Restoran Ali's Corner kt area Seksyen 20 nie, restoran 1 berdekatan dengan KPJ Hospital Shah Alam dan juga stesen minyak Petronas seksyen 20. Restoran 2 pulak berhampiran dengan Kuarters MBSA Seksyen 20 dan juga Klinik Nik Isahak.



Restoran pilihan kami kali nie ialah Restoran Ali's Corner cawangan yang ke-2 yang baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lepas. Decorationnya amat menarik, di sini anda boleh pilih nak duduk di ruang makan berhawa dingin atau pun ruang makan biasa (berkipas). So, kami decided duduk kt area air-cond....tempatnya bersih, kemas dan teratur...Masa nie Mr. Hubby and Aswad sangat khusyuk menonton perlawanan bola sepak antara Chelsea & QPR...Billis x ambil port sangat pasal perlawanan tue coz perut dah lapar sesangat....




Menu kegemaran Aswad iaitu Nasi Putih & Sup Ayam....kalau nak tahu nie bukan sup ayam ala mamak tau..nie sup ayam ala thai...kalau nak tahu juga walaupun Restoran Ali's nie merupakan restoran mamak tetapi mereka juga ada menyediakan masakan ala thai....




Mi Goreng Mamak pilihan Mr. Hubby....rasanya sedap dan agak pedas sedikit....mi goreng mamaknya nampak macam kurang menarik tetapi bila dh masuk tekak barulah kita tahu sedap @ tidak....bak kata pepatah Mat Salih " Don't judge book by it's cover"....betul x pepatah nie???? hentam saja ler...janji maksudnya sama.....




My dinner.....Nasi Goreng Kampung  +




Tom Yam Ayam.....kuah tom yamnya pekat, pedas, masam semua ada....cukup rasa....memang sedap dan rasa cam x caya plak restoran mamak boleh masak tom yam....hehehe....Our drinks...biasalah Teh Ais & Teh Halia (lupa snap pic air, coz terover teruja nk makan).....Teh Aisnya betul2 kaw but Teh Halianya kurang kaw coz dorg letak pati halia ckit jer...so rasanya mcm ala2 ada halia je la...

Kalau you all's nak tau di tingkat atas Restoran nie juga disediakan penginapan budget iaitu Hotel Hamilas..Harga bilik x lebih dr RM 200.00/night..untuk maklumat lanjut bolehlah kunjungi http://www.hotelhamilas.com

Tiada ulasan: