Assalamualaikum semua.. rasanya masih belum terlambat nak wish "SELAMAT TAHUN BARU" to uolls and also "HAPPY CHINESE NEW YEAR" to all my chinese friends...
Dah lama Lis tak ke udara di sini kan...biasalah 'busy' (ayat skema)..hehehe...okay..alasan sebenarnya busy++, malas++..huhuhu 😉
Okay entry kali nie Lis just nak share resipi Daging Masak Kicap (cara saya)..so tak payah nak membebel panjang2..kita terus ke resipinya:-
* Daging Lembu
* Air (untuk merebus)
* Kicap (Lis guna cap kipas udang je)
* Rempah tumis a.k.a kayu kayan 😁 (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih & kawan2)
* Bawang Putih #
* Bawang Merah #
* Lada kering #
# di kisar sekali
* Garam/Ajinomoto/Gula
* Minyak masak untuk menumis
Mula2 kita cuci bersih daging dan rebuskan daging tue sampai isinya lembut dan tak kenyal.
Agak2 daging dah lembut sikit, toskan daging tadi tapi air rebusannya jgn buang yekk..sebab kita nak guna untuk kuahnya nanti. Agak daging dah sejuk, bolehlah dipotong or dihiris nipis2..Sekarang bolehlah kita start menumis kayu-kayan tadi..agak2 dh bau wangi sikit, tumis plak lada kisar dengan bawang putih & merah tadi....tumis sampai naik minyak...pastu masukkan kicap...ikut citarasa klu nak hitam pekat letak lah banyak ckit..klu nak cair or light2 je letak la ckit je...Then, taburkan gula ckit...kacau sebati...masukkan daging tadi bersama air rebusan...air rebusan tue pun agak2 je ye...nak kuah banyak..tuanglah banyak cikit kalau nak kuahnya pekat plak kita bubuh sikit air rebusan tue..selepas itu...letak la garam dan ajinomoto secukup rasa....kacau sebati bagi kuah pekat sikit...dah siap pun..
Boleh dihidang...sesuai di makan dengan nasi putih panas2..ataupun buat cicah ngan roti pun sedap 😉
Kalau korang perasan..lis tak tulis pun berapa sukatan or kuantiti bahan..sebab Lis punya stail main campak2 je..asalkan menjadi, sedap dimakan & simple...klu korang rasa nak try resipi campak2 nie..amat dialu-alukan..adios
Tiada ulasan:
Catat Ulasan